BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Thursday, 23 June 2011

Selamat Hari Bapa 'Abah' !!!!!!!

Selamat hari bapa abah . Korang mesti pelik kenapa wani update lambat pasal hari bapa ni . Sebab jarang online lah korang ... Mana tak nya bz memanjang online pun sekejap2 jerr . So tak ada masa nak update blog . hehe . Eh . apa yang korang buat masa hari bapa ? wish tak ? bagi hadiah tak ? . Semua ada cara tersendiri kan ? Ha , masa hari bapa hari tu wani , abah dan mak , pergi makan kat satu tempat karaoke terbuka kat kajang . Memandangkan hari tu hari bapa wani pun ambil peluang untuk tujukan lagu untuk abah wani lah . Wah ! Siap bagi ucapan masa tu wani nyanyi lagu TERLALU ISTIMEWA by adibah nor , Ramai juga orang masa tu . Lagu tu memang sesuai untuk kita tujukan kat orang tersayang kan . Abah pun bukan main suka wani nyanyi lagu tu . :) Abah memang rapat dengan wani sebab wani sorang je yg berani nak manja2 dengan dia lagi pun wani anak bongsu yang belum kahwin lagi yang lain semua dah berumah tangga . Dia memang abah yang terbaik lah , Terima kasih abah sebab besarkan adik dengan kasih sayang . Adik sayang sangat kat abah ! Adik sentiasa doakan abah panjang umur , dimurahkan rezeki dan di anugerahkan kesihatan yang berpanjangan . Amin :) tapi bagi wani hari bapa bukan hanya sekali setahun tapi bagi wani setiap hari adalah hari untuk kita dan yang tersayang . Hargailah mereka selagi mereka ada .

Bulan 6 bulan kesedihan ???

Wani nak share story dengan korang . Bulan 6 ni memang banyak benda sedih yang berlaku kat kawan-kawan wani . Ada sesetengah sahabat wani yang tengah di kecewakan sekarang . YaALLAH . wani sentiasa berdoa agar Allah melindungi dan mempermudahkan kehidupan mereka . Segala-gala yang berlaku ada hikmahnya , kalau bukan jodoh kita bersama dengan orang yang kita sayang mungkin ada sebabnya , kenapa kita tak bersama dengan mereka dan hanya Allah yang tahu kebaikan dan jalan kehidupan yang telah di tetapkan untuk kita . Segala-galanya yang telah di tetapkan oleh Allah adalah perkara yang terbaik untuk kita . Wani cuma nak berkongsi wani pun cuma manusia biasa yang tak sempurna dan pernah melakukan kesilapan . Semua orang macam tu , tapi itu lah indahnya Islam sebab sentiasa memberi peluang kepada kita untuk menebus kesilapan lalu selagi pintu taubat masih terbuka . Mungkin Allah memberi kita dugaan sebab DIA sayangkan kita , dan DIA nak kita dekatkan diri kita kepadaNya . Sebab penyelesaian yang terbaik adalah kembali kepada cinta HAKIKI iaitu cinta kepadaNya . Apa-apa pun wani sedih sebab tengok kawan-kawan di duga macam tu . Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikulnya . kepada Kawan-kawan yang di kecewakan . Wani nak nak kongsi pesanan ni Dunia ibarat roda kadang2 kita di atas kadang2 kita di bawah , kepada orang yang suka mengecewakan dan mensia2kan kepercayaan orang lain . Ingat yee 'ADA YANG MEMERHATI!!!!' :)

Monday, 13 June 2011

Memory terhebat ! :)

08 may 2011 , sabtu , ialah kenangan terindah yang wani lalui . Faiz ajak tengok wayang , asalnya nak beli kasut hills baru tapi bila dah nampak domo kat kedai gift kat situ terus lupa kasut baru . hehe .  Faiz pun belikan domo tu dia cakap 'sanggup xnak kasut semata2 nak domo hehe' aku pun tersenyum je kat dia lepas tu aku cakap 'terima kasih sayang' lepas tu dia senyum masa kami pergi makan kt satu cafe sementara nak tunggu movie start dia cakap kat aku 'sayang nak kasut tak ? ' wani cakap xnak lah dia cakap . 'elehhh .. jual mahal tapi kan baby dah banyak kasut tak payah lah beli kasut lagi beli baju dengan seluar ye? ' pas tu wani senyum jelah kat dia . Lepas dah tengok movie tu kami jalan-jalan lagi lepas tu dia lapar lagi kami gi makan kat kfc lak . Banyak wani makan hari tu . hehe . Lepas makan je kami sambung jalan and wani teman dia beli baju dan kasut sambil membebel-bebel tak henti2 . hehe . Last2 dia belikan wani baju juga satu dress dan satu lagi seluar jenis high wear memang style lah seluar tu memang wani suka sangat seluar tu lagi pun tu fesyen latest kot . memang happy sangat keluar dengan dia hari tu kami pergi karaoke lagi . 10 lagu die order 2 lagu dia nyanyi 8 lagu wani nyanyi . banyak kan ? hehe . memang best sangat enjoy hang out + shopping dengan dia hari tu :) Thanks bie .

Sunday, 12 June 2011

Penawar duka :) musyuk maksu !


Ni cucu sulung family wani nama Nurul syafiqah  dia anak kakak sulung wani. Mak dia cakap syafiqah ni jadikan wani idola dia . hehe . Semua pasal wani semua dia nak ikut . Wani memang rapat sangat dengan anak buah wani , lagipun wani memang sayang budak-budak . Bosan je bila diorang takada .

Ni masa ika kecik-kecik . comel kan ? Rambut die kerinting sangat ! kalau bawak dia keluar jalan mesti orang lain nak main rambut dia lepas tu cubit pipi dia , tapi dia selalu marah . dia tak suka orang pegang rambut dia rimas agaknya . hehe .

Ni pic ika and cucu angkat mak . Mak jaga Hazrin ni dari dia baby lagi sekarang umur Hazrin dah 6 tahun , Syafiqah pulak 7 tahun . hehe . comel gila mereka ni . geram nya !

Ni Anak abang ketiga nama dia Nur Damia Damisya . Tembam sangat dia ni . maksu sayang misha sangat - sangat ! muahx !

Gambar ni misha pakai baju lady bird . Comel gila lah !


Ni anak abang yang kedua nama dia Mohd Adam Harith . Dia baru dilahirkan tanggal 05 june 2011 . die cucu sulung lelaki . comelnya musyuk maksu tidur :)

cakk !
                                     






                  

Hobi !


Nganga sampai microphone pun boleh masuk . hehe . ;) Yela takkan lah masa nyanyi pun nak cover cun kan . tapi memang wani suka sangat-sangat menyanyi dari umur 4 tahun lagi , wani dah boleh hafal lagu sitinurhaliza . 

 First time masuk surat khabar . hehe . Masa ni selebet sikit gambar ni masa wani tengah gemuk dulu . kelakar sangat muka masa ni . Apa-apa pun gembira sangat bila di umumkan wani sebagai juara . Wani dapat Rm 500 , dua bungkus hamper dan sebuah trofi kristal :)

Favourite Wani :)


Wani suka sangat dengan teddy bear teddy bear ni wani guna duit wani sendiri sebab abah cakap dia tak suka bagi duit kat wani ratus-ratus sebab beli benda yang tak bernyawa ni tapi wani suka sangat teddy bear gambar-gambar ni sebahagian daripada koleksi teddy bear yang wani ada . Satu lagi wani memang minat warna pink sangat sangat ! Nama bear ni bubu . hehe

Teddy bear yang kedua . Hadiah daripada Faiz . hehe . Dia tahu wani suka bear then dia pun belikan bear ni . Thanks sayang !!

Ni pun Faiz belikan . Sebab wani suka sangat domo sebab domo comel . Wani suka kumpul barang domo . hehe . Apa -apa pun . Thanks sayang ! ilysm !

Saturday, 11 June 2011

Saya Hazwani Ibrahim

Aku ? Siapa aku ? Hehe . Hazwani Ibrahim aku suka nama ni aku suka tentang diri aku . Aku suka apa yang ada kat aku dan aku bersyukur dilahirkan sebagai anak bongsu pakcik berahim :) Seorang yang peramah kalau siapa yang tak kenal aku mungkin akan cakap aku sombong tapi cuba try tegur ! sepatah korang tegur sepuluh patah aku jawap hehe. Aku sangat suka menyanyi sebenarnya cita-cita aku memang nak jadi artis , tapi sekarang aku ada minat baru . Minat untuk mengajar , dan aku sangat sayangkan kanak kanak dan tak pernah sekali pun cuba untuk berkasar dengan dorang . Aku suka orang share problem dengan aku dan aku suka bagi pendapat aku dan aku sedia mendengar masalah orang lain . Bagi aku setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan , tak ada orang yang sempurna . Cuma nak cakap bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan setiap kenikmatan yang diberi kepada kita guna lah sebaik-baiknya dan jangan terlalu berbangga dengan apa yang kita ada kerana kenikmatan ini boleh ditarik pada bila-masa je . Renung-renungkan lah peringatan ni untuk diri aku sendiri dan kawan-kawan juga . Aku pun manusia biasa yang pernah buat silap dan salah . Terima kasih kepada yang sudi follow blog aku :)